Salam...
Saya seorang interior designer yang baru masuk dalam industri ini lebih kurang 2 tahun setengah..Selepas saya menamatkan pengajian di USM dalam bidang interior design, saya terus bekerja di bawah syarikat tempat di mana saya menjalankan latihan idustri ataupun praktikal.
Biarpun jarak antara rumah dan tempat kerja lebih kurang 1 jam perjalanan, dengan keazaman yang kuat dan keinginan untuk bekerja di bawah syarikat bumiputera, saya gagahkan diri jua. Lebih mancabar lagi apabila saya ditawarkan gaji dengan basic hanya RM1200 dan elaun petrol kereta sebanyak RM100. Tanpa mengira apa-apa keuntungan, saya menerima tawaran tersebut dengan hati terbuka dan ikhlas.
Pengalaman pertama diberi tanggungjawab untuk membuat 'floor plan' menggunakan perisian AutoCAD berjalan lancar. Begitu juga dengan lukisan 3D di mana saya telah belajar semasa di dunia praktikal. Lantaran itu, saya diberi kepercayaan untuk berjumpa sendiri client dan membuat 'sales' dan juga melawat tapak 'site'. Tugas ini mampu digalas walau ia sukar pada mulanya dan bertambah sukar apabila tanpa bimbingan senior ataupun sesiapa sahaja.
Alhamdulillah, dari satu projek ke projek yang lain. Semuanya berjalan lancar. Cuma sebelum kesemua berjalan lancar, banyak juga ranjau yang saya tempuh. Diherdik, dimarah, menangis dan ketawa ada juga yang cuma mengorat semua itu lumrah.
Setelah hampir 1 tahun 6 bulan menimba ilmu di sini, saya dengan sendiri mengambil keputusan untuk meletak jawatan. Tak tertahan hati bila dikenang kerja yang teruk, jarak yang jauh, duit yang tak cukup, serba serbi kekurangan kecuali ILMU.
Penghujung 2011, saya memulakan karier sebagai usahawan interior design.Pada mulanya semuanya nampak sukar, semua nampak kabur..Saya memulakan perniagaan ini dengan RM 0 modal. Saya mula menwarkan servis dan 'rotate' duit pelanggan untuk membayar 'supplier'.
Walau ranjua yang saya tempuh, saya mula merasa ini adalah jalan yang saya inginkan.
Masih jauh perjalanan saya harus tempuh, Alhamdulillah rezeki makin bertambah. Terima kasih pada Allah, Terima kasih pada semua yang banyak membantu
Jauh lagi perjalanan dan belum nampak lagi puncak kejayaan itu..Tapi saya sedang mendaki.
Moga segalanya diredhai Allah
The Idea of Interior Design
Monday, 8 October 2012
Thursday, 27 September 2012
Apa itu perekabentuk dalaman? interior designer?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebelum saya terjun ke dalam bidang rekabentuk dalaman ini atau lebih popular jika saya menyebut 'interior design', pengetahuan saya terhadap bidang ini sangat minima dan hampir kosong. Dalam hati saya terfikir, alamak bidang apa ni dan terfikir macam mana nak survive dalam dunia pekerjaan.
Berbalik kepada tajuk di atas. Apa itu interior designer?? tukang deco rumah macam Eric Leong kah? Jika anda menganggap interior designer sama macam Eric Leong, maka anda telah menyalah anggap tentang bidang ini. Eric Leong bukanlah contoh seorang interior designer. Dia juga tidak pernah mendapat sebarang pendidikan atau kelulusan tentang interior design. Tugas beliau di dalam rancangan CASA IMPIAN bukanlah mencerminkan seorang interior designer.
Interior design merupakan salah satu kerja renovation dalaman rumah dan melibatkan lukisan dan kerja-kerja teknikal. Jadi, 'memotong bunga' dan menghias bukanlah tugas sebenar seorang interior design. Ia
cuma kerja-kerja decoration sahaja.
Justeru, skop pekerjaan seorang interior designer merangkumi tugas :

Interior designer dan plan tidak dapat dipisahkan
Sebelum saya terjun ke dalam bidang rekabentuk dalaman ini atau lebih popular jika saya menyebut 'interior design', pengetahuan saya terhadap bidang ini sangat minima dan hampir kosong. Dalam hati saya terfikir, alamak bidang apa ni dan terfikir macam mana nak survive dalam dunia pekerjaan.
Berbalik kepada tajuk di atas. Apa itu interior designer?? tukang deco rumah macam Eric Leong kah? Jika anda menganggap interior designer sama macam Eric Leong, maka anda telah menyalah anggap tentang bidang ini. Eric Leong bukanlah contoh seorang interior designer. Dia juga tidak pernah mendapat sebarang pendidikan atau kelulusan tentang interior design. Tugas beliau di dalam rancangan CASA IMPIAN bukanlah mencerminkan seorang interior designer.
cuma kerja-kerja decoration sahaja.
Justeru, skop pekerjaan seorang interior designer merangkumi tugas :
- Menyediakan pelan 2D iaitu mesti mempunyai pengetahuan AutoCAD
- Menyediakan pelan 3D iaitu mesti mempunyai pengetahuan terhadap salah satu perisian 3D sebagai contoh, 3D Max Vray, SketchUp dan InteriCAD
- Melawat dan mengukur 'site' ( untuk seorang designer mesti ada measuring tape atau lebih advanced measuring laser )
- Mengenalpasti jenis material yang terkini dengan harga supaya design selari dengan konsep dan harga
- Menyediakan detailing/lukisan kerja yang terperinci.
- Interior designer/Sales interior designer yang bekerja di showroom
- Interior designer/3D visualiser yang bekerja di syarikat consultant
Di dunia yang pertama, anda bekerja di sebuah syarikat yang kecil. Anggaran pekerja yang tidak lebih dari
10 orang. Syarikat menerima pelanggan melalui 'walk-in client' di dalam showroom ataupun bos anda keluar
mencari pelanggan. Biasanya, gaji anda( jika anda Sales) tidak besar kerana anda dibayar mengikut komisen
pelanggan yang anda berjaya dapatkan Tetapi, anda harus ingat, bekerja di syarikat kecil banyak membantu
mengetahui selok -belok perniagaan sedikit demi sedikit. Maklumlah, bos mahu jimar pekerja jadi 1 pekerja
cover untuk tiga kerja..hehehe
Dunia kedua pula memberi anda peluang komunikasi yang luas, komuniti yang ramai dan lebih meriah. Setahu
saya tidak banyak syarikat konsultant menawarkan gaji lumayan kepada interior designer melainkan anda
bekerja di bawah satu syarikat yang sangat besar dan syarikat 'cina'. Konfem gaji tinggi.

Interior designer dan plan tidak dapat dipisahkan
Subscribe to:
Comments (Atom)