Salam...
Saya seorang interior designer yang baru masuk dalam industri ini lebih kurang 2 tahun setengah..Selepas saya menamatkan pengajian di USM dalam bidang interior design, saya terus bekerja di bawah syarikat tempat di mana saya menjalankan latihan idustri ataupun praktikal.
Biarpun jarak antara rumah dan tempat kerja lebih kurang 1 jam perjalanan, dengan keazaman yang kuat dan keinginan untuk bekerja di bawah syarikat bumiputera, saya gagahkan diri jua. Lebih mancabar lagi apabila saya ditawarkan gaji dengan basic hanya RM1200 dan elaun petrol kereta sebanyak RM100. Tanpa mengira apa-apa keuntungan, saya menerima tawaran tersebut dengan hati terbuka dan ikhlas.
Pengalaman pertama diberi tanggungjawab untuk membuat 'floor plan' menggunakan perisian AutoCAD berjalan lancar. Begitu juga dengan lukisan 3D di mana saya telah belajar semasa di dunia praktikal. Lantaran itu, saya diberi kepercayaan untuk berjumpa sendiri client dan membuat 'sales' dan juga melawat tapak 'site'. Tugas ini mampu digalas walau ia sukar pada mulanya dan bertambah sukar apabila tanpa bimbingan senior ataupun sesiapa sahaja.
Alhamdulillah, dari satu projek ke projek yang lain. Semuanya berjalan lancar. Cuma sebelum kesemua berjalan lancar, banyak juga ranjau yang saya tempuh. Diherdik, dimarah, menangis dan ketawa ada juga yang cuma mengorat semua itu lumrah.
Setelah hampir 1 tahun 6 bulan menimba ilmu di sini, saya dengan sendiri mengambil keputusan untuk meletak jawatan. Tak tertahan hati bila dikenang kerja yang teruk, jarak yang jauh, duit yang tak cukup, serba serbi kekurangan kecuali ILMU.
Penghujung 2011, saya memulakan karier sebagai usahawan interior design.Pada mulanya semuanya nampak sukar, semua nampak kabur..Saya memulakan perniagaan ini dengan RM 0 modal. Saya mula menwarkan servis dan 'rotate' duit pelanggan untuk membayar 'supplier'.
Walau ranjua yang saya tempuh, saya mula merasa ini adalah jalan yang saya inginkan.
Masih jauh perjalanan saya harus tempuh, Alhamdulillah rezeki makin bertambah. Terima kasih pada Allah, Terima kasih pada semua yang banyak membantu
Jauh lagi perjalanan dan belum nampak lagi puncak kejayaan itu..Tapi saya sedang mendaki.
Moga segalanya diredhai Allah
gud luck...
ReplyDelete